« Hentikan Nakbah Palestin! | Main | Al Quran & Nasyid »

Wednesday, 21 May 2008

Usrah yang lazat, Lemak BerKrim (^_^)

Assalamu’alaikum wa Rahmatullah :-)

Posting kali ini adalah untuk membalas tag yang telah diberikan kepada saya oleh sahabat baik iaitu Dhany Sarip pada entri beliau yang bertajuk Usrah yang lazat, Lemak BerKrim

Jawab lima soalan mudah (tak payah goreng panjang-panjang);

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

  • Sejak sekolah menengah, sudah 8 tahun dengan pelbagai wadah dan rencam.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

  • Ajakan ustaz sekolah yang menerangkan konsep kefahaman Islam secara jelas. Ustaz itu bernama Ustaz Baharuddin bin Ali yang masih mengajar di SMASKP, N. Sembilan. Mengajar Matematik Tambahan juga pernah menjadi wartawan.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

  • Sebab terasa ada sesuatu yang kosong dan kurang jelas dengan konsep amalan seorang Muslim. Itu mendorong secara dalaman dan monolognya begitu.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

  • Seronok
  • Berwawasan
  • Berani

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

  • Mengenali watak manusia secara lahiri
  • Networking meluas dari segi perkenalan dan persahabatan. Kenal sahabat dari pelbagai negara dan negeri.
  • Mempelajari sesuatu yang tidak pernah diimpikan seperti memblog ni. Menulis.
  • Meyakini Islam adalah cara hidup, melazimi syariah, menunjangi tauhid.
  • Orang yang selalu ada masa itu adalah orang yang selalunya sibuk. :-)
                            

Comments

Assalamualaikum...Lama tak singgah kat sini.Sebenarnya tak terbayang difikiran k.has bahawa konsep usrah ini boleh dibawa masuk ke friendster ni. tapi jangan disalahgunakan sudah la. masa zaman belajar dulu,sebut saja usrah,semua orang berfikir tak de keja lain ka,takut terjebak dengan tabligh,takut jumud la... mcm2 persoalan yang timbul.Sekarang masya-allah kesenangan yang ALLAH SWT berikan boleh disalurkan ke jalan dakwah & k.has rasa seronok & bangga apabila para ustaz yang dapat membina rangkaian dakwah melalui internet. Semoga Allah SWT memberkati kita semua...

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .