
Tarikh: 8/8/08
Program: “Malam Air Mata Palestin”
Tempat: Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi, Seremban.
2.00 pm ~ 10.30 pm :
Ekspo Dunia Islam & Palestin
8.00 pm ~ 10.00 pm :
1) Ucapan Aluan oleh Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden & Ketua Perhubungan Negeri ISMA NS,
(2) Tayangan Slide - Ustaz Mejar Nazri Munsman, Wakil Jawatankuasa ISMA Pusat,
(3) Ucap Utama - Syeikh Saud Abu Mahfidz, Ahli Lembaga Muassasah Masjid
Al-Aqsa,
(4) Nasyid - Nazery Johani ex-Raihan.
Kutipan sumbangan ke Tabung Palestin oleh badan-badan koporat dan para hadirin hadirat.
[anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) N9 dan Majlis Agama Islam N9 (MAINS)]
Tarikh: 14 Ogos 2008
Program: Remembrances of Al-Qud’s Day : Prologue
Tempat: Kolej Cemara, Seksyen 18 Shah Alam (Berdekatan dengan Mydin dan Pasaraya Ole-ole yang baru dibuka)
Waktu: 8.00 malam -10.30 malam
Ceramah akan disampaikan oleh wakil dari Aman Palestin dan JIM International
Penampilan istimewa oleh Mua’dz Al-Masaar (InsyaAllah)

Tarikh: 15 Ogos 2008
Program: Ceramah Nakbah by Akh Ridzuan Harun
Tempat: Masjid ar-Raudah, Sg Kelambu, Banting
Tarikh: 20 Ogos 2008
Program: Ceramah Nakbah by Dr Hafidzi Mohd Nor
Tempat: Masjid al-Azim, Melaka
Tarikh: 21 Ogos 2008
Program: Palestin 21 OGOS
Anjuran: KARISMA, Kerajaan Negeri Selangor dan Nasyeed.Com
Tarikh: 23 & 24 Ogos 2008
Program: Training for Trainers Palestin (Zon tengah)
Tempat: UIA Gombak
Anjuran: KARISMA
Tarikh: 23 & 24 Ogos 2008
Program: Ceramah Perdana oleh Aman Palestin - Kutipan Tabung (masa ceramah), Memorandum, Rísalah flyers, Booth Jualan
Tempat: Universiti Teknologi Petronas
Anjuran: KARISMA, AMAN Palestin, Rakan Masjid UTP
Tarikh: 24 Ogos 2008
Program: Ceramah Nakbah oleh Akh Ridzuan Harun
Tempat: Masjid Zakaria, Bt 81/2 Jln Gombak
Tarikh: 29-30 Ogos 2008
Program: Nakbah Palestin
Tempat: KTR Balok Jaya 2, Kuantan
Anjuran: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Jika ada sebarang program berkaitan Palestin, sila maklumkan kepada StudioMuslim.com atau karismamedia (at) gmail.com untuk dimasukkan sekali dalam diari program Palestin ini.
TAQWA INTI KEHIDUPAN
Oleh
NORAZMI B MAT NOH
Tulisan ini adalah dikirim oleh penulis sendiri sebagai perkongsian kepada saya. Dia adalah juga sahabat kepada saya.
Taqwa dan Sumber Rezeki
Allah s.w.t.
berfirman dalam surah at’Talaq ayat 2-3, “Barang
siapa (ana cadang - sesiapa
sahaja) yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar
dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka
kepadanya.”
Mengikut sahabat
Abdullah bin Mas’ud, ayat ini adalah “formula penyelesaian masalah yang
teragung di dalam Quran”. (1)
Sebagai kakitangan
syarikat, kita tidak terlepas dari memikirkan tentang sumber rezeki serta gaji
yang akan kita terima setiap bulan dari pekerjaan kita. Namun, kita berhadapan
dengan persoalan samada memilih jalan mudah yang kerap kalinya salah atau jalan
kebenaran yang penuh dengan onak dan duri.
Disinilah pihak
syarikat memerlukan integriti setiap kakitangan. Allah s.w.t. di dalam ayat di
atas telah memberikan formula penyelesaian teragung dari Quran, iaitu TAQWA
kepada Allah. Dengan Taqwa, Allah s.w.t menjanjikan jalan keluar kepada segala
masalah dan pengurniaan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Dan
siapalah yang lebih baik janjiNya selain daripada yang empunya punca rezeki dan
yang mengetahui segala masalah lahiriah dan batiniah.
Taqwa memberikan
kita neraca (furqan) dalam memilih rezeki yang halal lagi berkat berbanding
dengan rezeki yang haram. Pilihlah jalan taqwa kerana Allah berjanji untuk
memberikan rezeki kepada kita dari sumber yang tidak kita sangka!
Apa itu Taqwa?
Perumpamaan yang
mudah bagi mengenal taqwa adalah ibarat dua biji belon, sebiji diisi dengan gas
helium sementara sebiji lagi di tiup dengan udara biasa. Sudah pasti belon yang
berisi helium akan terbang ke langit sementara belon berisi udara akan jatuh ke
bumi. Begitulah kiasannya perbezaan antara seorang manusia yang bertaqwa dengan
seorang yang tidak bertaqwa (2). ” Sesungguhnya orang yang paling mulia antara
kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa” (Al Hujurat ayat 13)
Taqwa dan Nilai-Nilai Bersama
PETRONAS
Sahabat Ubai bin
Ka’ab apabila ditanya oleh Saidina ‘Umar Al-Khattab akan maksud taqwa,
merumuskan taqwa sebagai “berhati-hati dan bersungguh-sungguh” dalam melalui
kehidupan agar seorang muslim itu tidak melakukan perkara yang haram dan
bersungguh-sungguh melaksanakan setiap ibadah kepada Allah (3). Apabila kita
meninggalkan perkara yang haram, disitulah terserlah integriti seseorang
individu. Manakala taqwa turut menuntut kita supaya bersungguh-sungguh didalam
melakukan tugasan kita. Ternyata taqwa bukan sahaja melahirkan integriti,
bahkan membentuk seorang pekerja yang cemerlang dunia dan akhiratnya.
Nilai Taqwa ini
melahirkan insan muslim yang sentiasa mementingkan kebersamaan (cohesiveness)
sesama kakitangan muslim dalam mentaati perintah Allah, serta mempunyai
integriti yang tinggi menggunakan neraca Taqwa. Lantas melahirkan kesetiaan
(loyalty) yang mutlak kepada Allah sebagai Empunya Khazanah Bumi (petroleum)
dan sikap profesionalisma yang tiada tolok banding dalam melaksanakan tugas
dalam ertikata ibadah yang sebenarnya.
Bahkan, taqwa menuntut
neraca integriti yang lebih tinggi daripada neraca syarikat, sehinggalah kepada
penggunaan masa dan sumber syarikat untuk tujuan yang lain selain daripada
mencapai tujuan syarikat. Seperti contoh; seorang kakitangan muslim tidak akan
melakukan solat sunat ba’diyah zohor selepas pukul 2.00 petang kerana telah
masuk waktu bertugas. Dari segi awlawiyat (keutamaan), taqwa menuntut beliau
untuk melakukan yang wajib (bekerja) atas yang sunat (solat sunat). Jelas kini,
tingkatan integriti ada kaitan terus dengan tingkatan taqwa.
Taqwa dan Perubahan Minda dan
Tingkahlaku (Mindset & Behaviour Change)
Nabi bersabda
“Taqwa itu di sini (dan baginda terus menunjukkan kepada dada baginda)” riwayat
Imam Muslim.
Imam Al Ghazali
didalam Ihya Ulumuddin pada bab Huraian
Keajaiban Hati berkata, “Hati ialah raja bagi manusia...”
PETRONAS dalam
mengenalpasti perubahan minda dan tingkahlaku sebagai kunci kejayaan Agenda
Korporat mengambil pendekatan yang selari dengan maksud hadith di atas serta
saranan Imam Al Ghazali. Seorang kakitangan yang bertaqwa, akan mengalami
perubahan minda dan tingkahlaku sepertimana yang dikehendaki oleh PETRONAS. Perubahan
ini juga akan kekal kerana ianya bermula dari hati, raja bagi manusia.
Taqwa dan Agenda
Korporat
Taqwa akan membawa
PETRONAS dalam mencapai cita-cita sebagai Jaguh Dunia (Global Champion).
Allah s.w.t.
berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 110, “Kamu adalah umat yang terbaik
yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang
munkar dan beriman kepada Allah,” telah menjanjikan gelaran “Khaira Ummah”
ataupun Jaguh Dunia kepada sesiapa yang melaksanakan apa yang dituntut oleh
ayat ini.
Oleh itu, hasrat
PETRONAS untuk menjadi Jaguh Dunia adalah syarii dan selari dengan kehendak
Allah s.w.t. yang mahukan hambaNya menjadi ummah yang terbaik.
Taqwa dan Amanah
PETRONAS
melaungkan slogan “Amanah diterima, Amanah dimanfaatkan, mengilhamkan insan
dimana jua” (Energy receive, energy return, aspiring people everywhere)
Dengan taqwa,
amanah yang dimaksudkan ialah amanah yang dipikul oleh setiap kakitangan dalam
memastikan khazanah milik Allah ini digunakan dengan sebaik mungkin dan menjadi
rahmat kepada seluruh alam dan bukan sebaliknya mencemar bumi dan manusia.
Inilah hakikat mensyukuri nikmat yang sebenarnya.
Bagaimana Mencapai Taqwa
Setelah kita
menyedari betapa pentingnya taqwa di dalam kita membentuk individu yang
berintegriti, bagaimanakah hendak kita bentuk taqwa di dalam diri?
Hati adalah
merupakan tapak semaian taqwa yang terbaik. Umat Islam terdahulu berjaya
membina keagungan kerana memulakan perubahan dari dalam iaitu hati. ”Sesungguhnya
Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka merubah
DIRI mereka sendiri”. Sebagai Raja bagi manusia, hati menentukan pergerakan tentera-tentera
zahir dan batinnya menurut kehendak hati. Hiasilah hati dengan taqwa.
Hati yang digilap Taqwa
Abu Laith
As-Samarqandi didalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan lima penawar yang
dapat membersihkan hati:
Namun demikian,
kita juga harus menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang akan mengeruhkan
hati. Ibrahim bin Adham berpesan ada lapan perkara yang akan mematikan hati:
1. Mengetahui hak
Allah tapi tidak menegakkannya
2. Membaca Al Quran
tetapi tidak melaksanakan suruhannya
3. Mencintai nabi
tetapi mengabaikan sunnahnya
4. Takutkan mati
tetapi tidak mempersiapkan diri
5. Mengatahui syaitan
adalah musuh, tetapi ghairah mengikut kehendaknya
6. takutkan neraka
tetapi melakukan maksiat
7. Inginkan syurga
tetapi tidak beramal saleh
8. Kekurangan diri
sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang diketengahkan.
Marilah kita berusaha untuk menggilap hati kita dan menjauhkan diri dari
perkara yang mematikan hati kita. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan.
Ramuan bagi memantapkan hati ialah dengan ilmu, mujahadah dan zikrullah (terangkan juga apa itu zikrullah secara ringkas – mengingati
Allah).(4) Hendaklah kita berilmu berlandaskan Al Quran dan sunnah
rasulullah s.a.w. dalam mencari taqwa. Setelah itu kita harus beramal dengan
bersungguh-sungguh serta bermujahadah di atas jalanNya. Kunci kepada mujahadah
ialah dengan zikrullah. ”Hanya dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang”.
Didalam kita beramal atas segala ajaran Al Quran dan sunnah, kita mestilah
sentiasa bermujahadah atas segala rintangan yang mendatang. Ubat yang paling
mujarab ketika ditimpa musibah dalam jalan mujahadah ialah zikrullah.
Sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui segala isi hati. Mengadulah kepadaNya.
Tiang Seri Taqwa
Allah s.w.t berfirman didalam surah Al Baqarah ayat 3-5, ”Mereka beriman
dengan yang ghaib, mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian rezeki yang
Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka beriman kepada kitab yang di
turunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan di akhirat.
Merekalah orang yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah
orang-orang yang beruntung”
Berasaskan ayat-ayat di atas, taqwa terbina daripada tiang-tiang seri
seperti berikut: (5)
Setelah terbinanya tiang seri ini, barulah terbentuk sebuah bangunan taqwa
berpandukan keimanan kepada kitab-kitab dan adanya hari Pembalasan baik dan
buruk.
Hasil kepada beriman dengan yang ghaib dapat dilihat dalam peristiwa yang
berlaku di zaman Saidina ‘Umar Al Khattab. Seorang gadis membantah cadangan
ibunya yang meminta agar susu ditambah air, semata-mata kerana takutkan Allah
(yang ghaib). Beliau berkata, ”Walaupun Amirul Mukminin tidak dapat melihat apa
yang kita lakukan, sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa melihat”. Dari keturunan
gadis inilah yang kemudiannya melahirkan Khalifah ‘Umar Abdul Aziz!
Percaya kepada yang ghaib harus dibina bersama-sama amal solat dan zakat
bagi membentuk satu bangunan asas taqwa. Seterusnya setiap individu wajib
beramal dengan segala amal yang terkandung didalam kitab Al Quran. Akhirnya,
kepercayaan kepada adanya hari pembalasan baik dan jahat yang akan melengkapkan
bangunan taqwa dalam diri.
Natijah Kehidupan Tanpa Taqwa
Allah s.w.t. memberi amaran di dalam surah Al-Humazah, ayat 6-9, ”Api dalam
neraka yang dinyalakan Tuhan. Yang (panasnya) naik ke hati. Sesungguhnya api
itu ditutup di atas mereka. Dalam tiang yang memanjang.”
Dikhuatiri jika kita hanya beriman dengan hati dan lisan, tanpa beramal,
kita tidak akan mendapat taufiq dari Allah untuk segera bertaubat. Kita mungkin
akan digolongkan bersama orang kafir dan munafik yang akan dilontarkan ke dalam
neraka yang apinya membakar sampai ke hati, nauzubillah.
Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk menemui Allah dan yakinkah
kita bahawa kita akan lulus cemerlang di Hari Perhitungan dan dibayar ganjaran
syurga?
Janganlah kita berlaku seperti berikut:
”Sehingga ketika maut telah datang kepada seseorang di antara mereka, dia
berkata: Wahai Tuhanku! Kembalikanlah aku! Supaya aku mengerjakan perbuatan
yang baik yang telah aku tinggalkan itu. Tidak. Sesungguhnya perkataan itu
hanya sekadar dapat diucapkan. Di hadapan mereka ada barzakh, dinding yang
membatasi sampai hari mereka dibangkitkan.” ( Al Mukminun : 99-100)
Kesimpulan
Benarlah pesan Allah s.w.t:
”Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan
muslim” (Ali-Imran 102)
Taqwa bukan sekadar inti kepada integriti, bahkan taqwa adalah inti kepada
kehidupan seluruhnya. Iman bukan tanda kita sudah bertaqwa. Bahkan bertaqwalah
dengan sebenar-benar taqwa! Akhirnya, janganlah sekali-kali kita mati melainkan
dalam keadaan muslim kerana neraka bukan satu pilihan bagi kita.
Pilihlah Taqwa, nescaya terselamat kita dari api neraka.
PENULIS:
Nama: Norazmi bin Mat Noh
Dept: Operational Performance Improvement
OPU: PP(M)SB
Ketua Jabatan: Norazmi Mat Noh.
Bibliografi
Dalam-dalam diamat,
renung pada gelas berisi air penuh bersih,
perlahan-lahan diminum air masuk dalam tekak,
dalam-dalam dirasa nikmat dahaga sudah diusir pergi,
begitulah juga dalam-dalamnya rasa cinta Tuan pada hamba.
Hamba merasa sejuknya dalam pelukan Tuan,
sehari-hari hamba pergi dalam kepayahan,
Tuan lah yang meringankan malah menenangkan,
Dalam-dalam hamba baca pesanan Tuan,
Apa makna menjadi hamba?
Dalam-dalam juga hamba faham bagaimana caranya,
Moga hamba faham apa jawapannya,
juga benar amalnya.
Fauzan Ibrahim
22 Julai 2008
FAST 2 FUND CAMPAIGN
is BACK!!!
Rejab, Sya’ban & Ramadhan 1429
..RM 100 per person for Palestine..
click here - pamphlet for campaign - word - pdf
Every participant is encouraged to fast every Mondays and Thursdays throughout the month of Rejab and Sya’ban, and perform obligatory fast throughout the month of Ramadhan.
Fund of at least RM 100 that is targeted from each participant is based on the savings of the budget allocated for lunch on every fasting days, and thus saved for this fund.
Fast on Mondays & Thursdays
throughout the month of Rejab & Sya’ban
16 days x RM 3.50 = RM 56
Obligatory fasting during month of Ramadhan
30 days x RM 3 = RM 90
Total fund = RM 56 + RM 90 = 146
MINIMUM FUND SUGGESTED:
RM 100 per person
*********************
For bank in purposes:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Muamalat - No Akaun 140 3000 405 3711 or
Maybank - No Akaun 5622 0960 8847
Phone No: 03-4105 3766 (Encik Nasir)
E-mail: fast2fund.pal@gmail.com
http://fast2fund.blogspot.com
/
————-
Last Year Fast 2 Fund Campaign Report - end on Dec 2007
Kempen Fast 2 Fund telah berjaya mengumpul RM 137,500.90 untuk Palestin dan dana tersebut telah disalurkan ke sana sebanyak tiga kali..
Jutaan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan anda.. Semoga Allah
memberkati..

Assalamualaikum =)
Direktori ini memaparkan siri tulisan Memahami Kezaliman ISA sebanyak 14 siri.
Oleh: Saari Sungib
Kolum ini memuatkan himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini menerusi abuurwah@gmail.com.
DITAHAN SELAMA 60 HARI UNTUK SOAL-SIASAT POLIS
Tiba ke Lokasi Penahanan 60 Hari Pertama Anda
Sebaik anda tiba ke PRC atau lokasi-lokasi lain, anda akan melalui satu lagi urusan pentadbiran seperti mengisi borang, diambil cap jari dan diarah membuka pakaian anda.
Saya syorkan anda memprotes arahan ini di atas sebab-sebab kepercayaan agama.
Anda sebenarnya tidak perlu mematuhi sesuatu arahan yang anda yakini melanggar ajaran agama anda.
| Hj. Saari Sungib atau lebih dikenali sebagai “Abu Urwah” adalah presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang pertama, iaitu dari tahun 1990 sehingga 1999. Beliau pernah ditahan di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu era reformasi. Kini beliau terlibat aktif dalam aktivisme politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS), di samping giat memberi kesedaran kepada khalayak tentang kezaliman dari ISA. Beliau dapat dihubungi menerusi abuurwah@gmail.com. |
Selain itu, mempertahankan kehormatan anda dengan tidak sewenang-wenangnya diarah berbogel di hadapan orang lain adalah hak asasi anda yang tidak boleh dicabuli oleh sesiapa.Pendirian anda untuk ‘berdegil’ dan tidak mudah mematuhi arahan polis pada tahap ini akan banyak membantu kehidupan anda yang mungkin terpaksa melalui sepenuhnya 60 hari di bawah penahanan polis.
Selepas semua urusan pentadbiran anda selesai anda akan diberikan segala kelengkapan di tempat baru anda.
Biasanya anda tidak akan diberikan selipar dan tilam serta bantal. Selipar, tilam dan bantal adalah ‘aset berharga’ pegawai-pegawai penyiasat untuk dijadikan collateral atau sandaran untuk menagih anda memberi kerjasama sepanjang sesi soal-siasat.
Maksudnya, lebih cepat anda ‘memberi kerjasama’, maka lebih cepat anda mendapat selipar, tilam, bantal, ubat nyamuk, cadar, sarung bantal dan seumpamanya. Tidak memberi anda selipar juga bertujuan untuk mematahkan semangat anda yang keluar masuk dan berada dalam bilik air dan tandas yang kotor dengan tanpa memakai alas kaki.
Rumah Baru Anda yang Hapak, Hancing, Berdebu dan Bersawang serta Dipenuhi Nyamuk
Apabila anda diberikan sel tempat tinggal anda, apa yang pasti sel itu pasti kotor, bersawang, berbau hapak atau hancing dan berdebu.
Tiada siapa yang akan membersihkan tempat tersebut selain daripada anda sendiri.
Berfikiran positiflah dan paling utama, jika anda seorang muslim dan penganut agama yang mengamalkan ibadat-ibadat tertentu, pastikan sel tersebut mesti bersih sebersih-bersihnya dan suci bagi membolehkan anda mengerjakan solat waktu dan solat-solat sunat atau ibadat-ibadat agama anda.
Sebagai mukmin yang beriman, yakinlah walaupun mereka berniat untuk mematahkan semangat anda dengan mencampakkan anda ke tempat yang kotor dan busuk itu, tetapi apa yang berlaku sepanjang anda di tempat tersebut menjadi saluran anda meningkatkan keyakinan anda terhadap agama.
Biasanya, sekiranya anda tiba ke PRC atau mana-mana lokasi lain untuk soal-siasat 60 hari pertama pada petang atau sebelah malam.
Sesi soal-siasat anda tidak akan bermula sehingga keesokan harinya.
Oleh itu, manfaatkan malam pertama anda di sel anda dengan solat malam, zikir dan tilawah Al-Quran daripada mana-mana ayat dan surah yang anda hafaz.
Elakkan daripada tidur sehinggalah anda benar-benar letih dan mengantuk. Ini untuk mengelakkan anda terbangun pada satu waktu di tengah malam yang anda tidak tahu pukul berapa yang akan membuatkan anda melengung dan merenung siling sel anda.
Pastikan anda ada tanda-tanda panduan waktu. Ini kerana beberapa hari atau minggu pertama, pengawal-pengawal yang menjaga anda telah diarahkan agar tidak menjawab sekiranya anda bertanyakan tentang waktu kepada mereka.
Kalau anda berada di PRC, anda dapat mendengar seruan azan bagi solat-solat maghrib, isya’ dan subuh. Seruan azan amat berguna sebagai panduan bagi waktu anda dalam sel yang sunyi sepi itu.
Bermulanya Sesi Soal-Siasat yang Menggerunkan
Bila sesi soal-siasat bermula, jika itulah kali pertama anda disoal-siasat di bawah ISA, pasti ia merupakan satu trauma atau kejutan kepada diri anda.
Berbagai-bagai teknik digunakan dan pelbagai kombinasi pasukan-pasukan pegawai-pegawai penyiasat digunakan untuk mematahkan semangat anda.
Teknik-teknik menggertak, mengancam, menakut-nakutkan, memujuk, merayu, mahu menolong dan menyelamatkan anda, memuji-muji anda dan macam-macam lagi digunakan.
Jika usaha menggunakan teknik kombinasi beberapa pasukan pegawai-pegawai penyiasat terhadap anda, pertama sekali anda akan berhadapan dengan pasukan pegawai-pegawai penyiasat yang bengis, menengking-nengking dan menghentak-hentak meja sepanjang soal-siasat.
Selepas itu anda akan bertemu satu pasukan lain yang berlembut dengan anda, menyatakan tidak setuju dengan rakan-rakannya yang bengis, tak setuju buat kerja-kerja aniaya orang dan merayu agar anda bekerjasama dengan pasukannya agar anda tidak lagi perlu berhadapan dengan pasukan pegawai-pegawai penyiasat yang bengis lagi bengkeng itu!
Kalau anda dianggap penting oleh mereka, Pengarah SB dan pegawai kanan SB sendiri akan menemui dan berkhutbah berjela-jela kepada anda.
Berhadapan dengan pasukan yang diketuai oleh bos SB ini, pasti bertubi-tubi anda kena lanyak dengan bermacam-macam tuduhan agar anda benar-benar rasa bahawa anda telah melakukan satu kesalahan besar terhadap negara, bangsa dan agama anda!
Selepas itu anda akan berhadapan dengan satu pasukan pegawai-pegawai penyiasat yang gedebe yang berkelakuan seperti samseng untuk tujuan menakut-nakutkan anda.
Pasukan ini akan mengulang-ulang apa yang telah dikatakan sebelum ini oleh Ketua Pengarah SB. Pasukan gedebe ini akan menengking-nengking anda, menghina anda dan memperbodohkan anda tentang apa yang telah anda lakukan.
Selepas itu anda bertemu sekali lagi pasukan pegawai-pegawai penyiasat yang bersimpati kepada anda dan berulang kali menyatakan bahawa mereka tidak setuju dengan pendekatan pasukan gedebe tadi! Demikianlah lakonan mereka untuk mematahkan semangat anda.
Sepanjang sesi soal-siasat dengan mana-mana pasukan sekalipun, apa yang pasti mereka akan mengatakan bahawa anda perlu berlaku jujur memberitahu anda apa yang mereka soal.
Anda diminta tidak berbohong kerana mereka ada semua maklumat tentang anda dan mereka sudah tahu segala-galanya. Apa yang mereka mahu hanyalah agar anda berlaku jujur menceritakan segala-galanya kepada mereka.
Selain itu jika teknik pelbagai pasukan digunakan terhadap anda, setelah anda menjawab soalan satu pasukan pegawai-pegawai penyiasat, esoknya pasukan pegawai-pegawai penyiasat yang lain akan menuduh bahawa anda telah tidak bekerjasama sepenuhnya, anda menyembunyikan banyak lagi maklumat, anda telah memutar-belitkan cerita dan bahkan menuduh anda sengaja mahu mengelirukan pasukan pegawai-pegawai penyiasat tersebut.
Oleh itu anda diminta sekali lagi mengulang kepada pasukan pegawai-pegawai penyiasat ini apa yang telah anda jelaskan kepada pasukan pegawai-pegawai penyiasat pada hari semalamnya.
Kadang-kadang tanpa menuduh anda tidak berlaku jujur, satu pasukan pegawai-pegawai penyiasat akan menyoal anda perkara-perkara yang telah disoal oleh pasukan pegawai-pegawai penyiasat sebelumnya.
Jika anda memprotes menyatakan anda telah menjawab soalan-soalan tersebut, mereka hanya menyatakan kepada anda : “tak apalah, you ulanglah sekali lagi”. Tujuannya adalah agar anda bosan, penat, letih dan patah semangat.
Untuk mengelakkan anda patah semangat, mintalah pen dan kertas untuk anda menjawab soalan-soalan itu sekali lagi.
Ataupun sekurang-kurangnya gunakanlah kertas tersebut untuk menconteng gambar-gambar kartun untuk anda serahkan kepada pegawai-pegawai penyiasat!! Kalau mereka memarahi anda katakan sahaja kepada mereka: “apa boleh buat.. saya dah boring ni!”
Kalau anda kena tahan buat kali kedua, sandiwara soal-siasat dengan menggunakan beberapa jenis pasukan pegawai-pegawai penyiasat seperti ini tidak akan berkesan lagi.
Oleh itu, buat kali kedua sekiranya anda ditahan di bawah ISA, mereka akan hanya menggunakan satu pasukan dengan rata-rata teknik yang sama, iaitu tegas pada satu dua hari pertama dan cuba berbaik-baik dan memenangi hati anda pada hari-hari berikutnya.
Didesak Agar Mengaku Suatu yang Anda Tidak Lakukan
Sepanjang soal-siasat 60 hari di bawah penahanan SB ini juga anda mungkin terdedah dengan teknik-teknik soal-siasat yang mengugut anda untuk mengaku perkara yang tidak anda lakukan.
Pegawai-pegawai penyiasat mengugut akan menyerahkan anda kepada CID, iaitu Jabatan Penyiasat Jenayah, di mana pegawai-pegawai penyiasat menggunakan teknik penyeksaan dan penderaan untuk membuat anda mengaku.
Dengan teknik ugut seperti ini juga, jika anda tidak bernasib baik dan tidak berdaya melawan mereka akan memerintahkan agar anda membuka pakaian dan berbogel di bilik soal-siasat.
Soal-siasat di bawah kuasa polis tidak ikut sebarang jadual dan tajuk-tajuk yang dibincangkan selama 60 hari adalah “anything under the sun”, atau segala-gala apa yang ada di bawah langit biru ini!
Semua Benda Dijadikan Collateral
Selain daripada selipar, bantal dan tilam dijadikan collateral oleh pegawai-pegawai penyiasat agar anda ‘memberi kerjasama’ kepada mereka pada peringkat awal soal-siasat, pada peringkat kemudiannya satu lagi collateral yang diasak kepada anda adalah lawatan keluarga anda.
Pegawai-pegawai penyiasat akan memberitahu lagi cepat ‘kerja selesai’, iaitu penyiasatan dan maklumat yang mereka kehendaki maka lagi cepat anda akan dibenarkan bertemu dengan keluarga anda.
Sepanjang tempoh menjadikan lawatan keluarga anda sebagai collateral itu, pegawai-pegawai penyiasat akan membebel-bebel menyatakan bermacam-macam cerita tentang isteri, anak-anak dan keluarga anda.
Mereka akan memberitahu bahawa anda di dalam mana anda tahu apa dah jadi kepada isteri dan keluarga anda yang berada di luar. Mereka akan memberitahu bahawa isteri anda kini telah diperalatkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan.
Tetapkan Pendirian Anda di Atas Prinsip-prinsip Kebenaran
Sekiranya anda seorang suami yang bertanggungjawab dan yakin telah mendidik isteri dan anak-anak serta membangunkan keluarga anda di atas dasar-dasar keluarga bahagia yang teguh, persetankan saja bebelan mereka itu. Jangan layan sedikit pun fitnah mereka terhadap isteri dan keluarga anda.
Sebahagian pegawai-pegawai penyiasat memang merasa kelazatan dan kenikmatan hidup ini dengan menghambur fitnah terhadap keluarga muslim yang beriltizam dengan Islam dan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan.
Pada masa yang sama, sekiranya anda teguh keimanan kepada Allah dan yakin anda berada di atas jalan yang benar, yakinlah bahawa Allah akan menjaga isteri, anak-anak dan keluarga anda.
Serahkan mereka kepada Allah. Jangan jadikan tawaran pegawai-pegawai penyiasat untuk membenarkan anda bertemu keluarga anda sebagai satu pintu ke arah melemahkan semangat anda dan menjadikan anda mengalah.
Tanamkan tekad dalam hati anda, kalau ada lawatan keluarga, alhamdulillah baik, kalau tak ada pun tak apa. Namun sekiranya anda dapat peluang untuk bertemu keluarga anda tanpa perlu anda menggadaikan apa-apa, patah semangat atau mengalah, maka rebutlah peluang itu.
Pentingnya Bertemu Keluarga Anda
Pertemuan dengan keluarga membuka diri anda kepada dunia luar dan memberi peluang kepada isteri dan keluarga anda melihat keadaan semasa anda di segi fizikal, mental dan emosional.
Apa yang disaksikan oleh isteri dan anak-anak amat penting agar dapat disalurkan kepada dunia luar, khasnya berkenaan dengan hal-ehwal writ habeas corpus yang dikemukakan oleh peguam-peguam anda ke mahkamah.
Anda Ditegah daripada Membuat Permohonan Habeas Corpus
Itu sebabnya, secara pasti semua tahanan ISA,anda tidak terkecuali, akan diberitahu oleh pegawai-pegawai penyiasat agar jangan buang masa buat permohonan habeas corpus. Kata mereka hasil tak ke mana, duit melayang ke lawyer!
Jangan hiraukan kata-kata mereka itu. Manfaatkan pertemuan anda dengan keluarga untuk mengesahkan kepada isteri dan keluarga anda bahawa anda mahu permohonan habeas corpus diteruskan.
Memberitahu perkara ini tidaklah mudah memandangkan semasa lawatan keluarga ini beberapa SB ditugaskan mendengar dan mencatat perbualan anda sekeluarga.
Lagipun, secara psikologinya anda tahu selepas tamat lawatan keluarga anda akan balik ke tempat tahanan dan bertemu lagi dengan pegawai-pegawai penyiasat.
Oleh itu sudah pasti anda tidak mahu butiran-butiran yang berlaku dalam lawatan keluarga tadi menjadi bebanan terhadap diri anda tatkala pegawai-pegawai penyiasat mengasak anda dengan pelbagai soalan yang membebankan ekoran daripada apa yang telah anda katakan kepada isteri dan keluarga semasa lawatan keluarga.
Oleh itu sebaik-baiknya, jika anda seorang aktivis dan pejuang yang jelas terhadap perjuangan anda ‘wasiatkanlah’ awal-awal lagi kepada isteri dan keluarga anda jika anda ditahan di bawah ISA, mereka mesti membuat permohonan habeas corpus ke mahkamah pada kadar yang segera.
Laporkan Perkara Sebenar kepada Doktor yang Memeriksa Anda
Satu lagi saluran anda ke dunia luar adalah rawatan doktor. Sepatutnya anda akan bertemu doktor setiap minggu atau dua minggu sekali.
Doktor adalah orang luar, pihak ketiga. Mereka bukan sebahagian daripada sistem dan rangkaian SB dan Bukit Aman.
Jika anda sakit katakan anda sakit. Kalau makanan tak berkhasiat katakan demikian kepada doktor. Apa-apa ubat anda perlu minta saja.
Anda boleh cuba minta daripada doktor yang anda mahu vitamin atau ubatan khas daripada keluarga anda sendiri.
Kalau nasib anda baik, doktor akan buat arahan untuk SB memenuhi permintaan anda.
Jika anda benar-benar merasakan bahawa anda perlu rawatan di hospital, nyatakan setegas-tegasnya kepada doktor agar anda dibawa keluar ke hospital.
Sebahagian besar doktor adalah insan profesional yang akan membuat keputusan mereka di atas dasar profesionalisme bebas daripada tekanan dan desakan SB.
Jika anda bernasib baik, anda akan berhadapan dengan insan profesional semasa berada dalam tahanan 60 hari di bawah tahanan polis.
Rebutlah peluang ini. Untung-untung anda dibawa ke hospital. Mana tahu rezeki anda, anda bertemu dengan doktor-doktor, jururawat-jururawat, petugas-petugas hospital yang mengenali anda atau keluarga anda.
Insya’ Allah pertemuan seumpama ini boleh menyuntik sedikit kekuatan kepada diri anda yang sudah berhari-hari dikurung dan dianiaya oleh pegawai-pegawai penyiasat.
Collateral Terbesar
Sepanjang pengalaman anda melalui proses soal-siasat anda akan menyedari bahawa sebesar-besar collateral agar anda ‘bekerjasama’ adalah tentang tahanan ke Kem Kamunting selama dua tahun.
Mereka akan mengulang-ulang mengatakan kepada anda bahawa mereka tidak ada apa-apa kuasa. Tugas mereka hanya membuat penyiasatan dan menyediakan ’statement’ tentang penyiasatan ke atas anda.
Mereka tidak boleh tolong apa-apa. Itu semua kuasa Menteri Dalam Negeri. Kata mereka apa yang boleh menyelamatkan anda daripada dihantar ke Kem Kamunting untuk ditahan selama dua tahun adalah diri anda sendiri.
Oleh itu, menurut mereka jika anda memberi kerjasama secukupnya, anda tidak akan dihantar ke Kem Kamunting.
Semua tahanan, saya dan anda tidak terkecuali, sudah pasti tidak mahu dihantar untuk menjalani perintah tahanan dua tahun di Kem Kamunting! Memang sepanjang tahanan 60 hari itu anda berharap dan berdoa tidak akan dihantar ke Kem Kamunting.
Namun sekiranya anda adalah aktivis dan pejuang kebenaran, yakinlah bahawa sama ada anda ditahan dua tahun atau tidak ke Kem Kamunting adalah satu keputusan politik yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri.
Keputusan ini tidak ada satu habuk pun kena mengena dengan keselamatan negara!
Sediakan Roh dan Jiwa Anda untuk Ditahan ke Kamunting
Di samping doa dan harapan anda tidak terus ditahan, bersedialah anda untuk melalui kehidupan sekurang-kurangnya dua tahun di Kem Kamunting.
Sekiranya anda aktivis dan pejuang kebenaran, anggaplah itu permulaan lembaran baru dalam perjuangan anda dalam mengejar cita-cita anda untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
Mana tahu dengan izin Allah, pengorbanan yang anda tanggung akan menjadi sumbangan kecil ke arah pemansuhan ISA dan undang-undang zalim lain serta tertegaknya sistem yang lebih adil dan diredhai oleh Allah di atas bumi Malaysia tercinta ini.
Satu lagi kemungkinan yang diharap-harapkan oleh kita semua adalah dibebaskan selepas atau dalam tempoh tahanan 60 hari ini.
Namun, kebebasan anda mungkin kebebasan tanpa syarat sepertimana yang berlaku pada saya selepas dibebaskan dari tahanan ISA tahun 1998.
Walau bagaimanapun bebas tanpa syarat ini tidak bermaksud anda akan lepas dari gangguan-gangguan SB yang akan sering menelefon anda dan bertanyakan perkembangan anda dari masa ke semasa.
Atau, kebebasan anda mungkin merupakan kebebasan dengan sekatan kawasan tertentu, sebagaimana yang berlaku dalam kes Sejaratul Dursina@Chomel.
Anda akan diminta untuk melapor diri di balai polis yang ditetapkan setiap minggu dan bagi setiap 6 bulan, anda diminta bertemu Lembaga Penasihat di Kem Kamunting.
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.
DIJATUHKAN HUKUMAN PADA HARI DITANGKAP
“Kamu Telah Memudaratkan Keselamatan Negara”
Di mana sahaja anda ditahan, pada saat itu jugalah ISA di bawah peruntukan S.73(1), menurut apa yang dipercayai oleh pihak polis, anda telah dijatuhkan hukuman.
Pada saat pegawai polis yang membuat tangkapan menggenggam tangan anda dengan tangannya, beliau akan mengucapkan ungkapan-ungkapan seolah-olah beliau adalah seorang hakim dengan mengatakan bahawa anda ditahan kerana “telah memudaratkan keselamatan negara”.
Selepas itu beliau akan menggari anda dan bermula dari saat itulah bermulanya mimpi ngeri anda, keluarga anda dan mereka yang anda sayangi dan yang menyayangi anda.
Jika anda ada sedikit bernasib baik, kerana mungkin ditahan di hadapan anak isteri, anda mungkin tidak digari pada saat itu.
Tidak Diberitahu Sebab Mengapa Anda Ditangkap
Anda tidak diberitahu oleh pegawai-pegawai yang menangkap anda pada masa itu di atas sebab apa anda ditangkap. Mereka hanya memberitahu bahawa anda telah “memudaratkan keselamatan negara”.
Oleh itu semasa anda dibawa pergi oleh mereka, sama ada dalam kenderaan anda atau pun kenderaan polis, pasti anda mengenangkan dan menjangka bahawa anda ditahan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana aktiviti anda yang kritikal dan membangkang dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan.
Jika anda seorang aktivis sosial dan pejuang kebenaran dan keadilan serta yakin dengan prinsip-prinsip perjuangan anda, bawalah dan pertahankanlah sebab-sebab yang anda sangka kenapa anda ditangkap oleh pegawai-pegawai SB itu sepanjang penahanan 60 hari anda di bawah mereka.
Keyakinan dan sangkaan ini bakal menjadi bekalan yang amat berguna sepanjang sesi soal-siasat kelak. Keyakinan itu pertahankanlah sehabis-habisnya. Insya’ Allah, ia adalah teman ceria anda sepanjang tempoh 60 hari sesi soal-siasat yang meletihkan, membosankan dan mungkin boleh mematahkan semangat anda.
Dalam Keadaaan Apa Mereka Gemar Menangkap Anda?
Pada ketika anda ditangkap oleh polis, penangkapan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Ada yang ditangkap di kawasan letak kereta hospital, di lapangan terbang, di bahu lebuh raya selepas adegan kejar mengejar yang penuh drama atau di dalam rumah anda sendiri.
Biasanya 72 jam atau tiga hari berterusan sebelum anda ditangkap, pihak SB akan secara berterusan akan memantau seluruh pergerakan anda.
Jika mereka mengunjurkan bahawa anda besar kemungkinan akan berada di rumah, dan mereka merancang untuk menahan anda di rumah anda, mereka akan menjadikan penangkapan itu sedramatik dan “se-real” yang boleh.
Dua hari sebelum anda ditangkap ketika anda dan keluarga tidak ada di rumah, mereka akan datang dan mengambil foto rumah anda dari luar.
Beberapa buah kereta polis, biasanya Proton Wira putih, akan berada di tepi jalan berdekatan rumah anda. Tujuan operasi ini lebih ditujukan kepada jiran-jiran di sekeliling anda.
Pihak polis hanya mahu menakut-nakutkan jiran-jiran anda dan memberi gambaran kepada jiran-jiran anda bahawa anda telah melakukan aktiviti yang telah memudaratkan keselamatan negara dan amat wajar ditangkap.
Adegan Penangkapan yang Memberi Kejutan Maksimum
Sekiranya mereka telah membuat perancangan untuk anda ditangkap di rumah, mereka akan tetap dengan perancangan tersebut.
Seorang tahanan yang menjangkakan SB menghendakinya memandangkan ramai rakan-rakannya telah ditangkap, telah pergi menyerah diri kepada polis. Beliau telah disuruh balik.
Tetapi pada malamnya, sepasukan polis dengan bilangan yang agak besar telah datang seperti menggempur rumah beliau untuk menangkapnya.
Seorang lagi tahanan yang ditangkap di rumahnya telah diserbu oleh sejumlah pegawai-pegawai SB yang agak besar bilangannya. Serbuan yang dibuat seolah-olah mahu menggambarkan kepada isteri, anak-anak dan ibu bapanya bahawa beliau telah benar-benar melakukan aktiviti yang telah memudaratkan keselamatan negara, sedangkan selama ini keluarganya tidak mengetahui atau menyangka beliau ’seganas’ itu!.
Ada antara mereka yang diarah untuk menanggalkan semua pakaiannya di hadapan isteri, anak-anak dan ibu bapanya, dan ada kalangan pegawai-pegawai SB yang memanjat ke atas siling rumahnya seolah-olah mahu mencari sesuatu yang merbahaya yang disembunyikan oleh sang suami!
Seorang tahanan wanita telah ditahan dan dibawa keluar dari rumahnya pada tengah malam dan meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil untuk dijaga oleh pembantu rumah, sedangkan suaminya sudah pun terlebih dahulu ditahan di bawah ISA dan merengkok di Kem Kamunting.
Upacara Menggeledah dan Menggemparkan Keluarga Anda
Jika anda ditangkap di rumah anda, sekumpulan pegawai-pegawai SB akan diarahkan oleh ketuanya untuk menggeledah rumah anda.
Untuk menunjukkan anda terlibat dalam rancangan ’subversif’, sasaran utama adalah dokumen, fail nota-nota anda serta diari atau buku harian anda.
Kalau di rumah anda terdapat komputer, mereka akan memasangkan dan cuba menyalin (copy) beberapa fail daripada komputer anda tersebut. Biasanya mereka tidak membawa disket dan terpaksalah anda ‘menginfaqkan’ satu dua atau tiga disket kepada pegawai-pegawai SB tersebut.
Itu pun mujur kalau anda bernasib baik mereka hanya menyalin fail daripada komputer ke dalam disket yang telah anda infaqkan kepada mereka.
Jika anda kurang bernasib baik, komputer-komputer anda itu sendiri diangkat oleh mereka bersama-sama anda sekali!. Tapi apa yang hampir pasti, jika terdapat komputer ‘laptop’ atau ‘notebook’ di dalam rumah anda, komputer seperti itu pasti diangkut keluar oleh mereka.
Sekiranya semasa menggeledah itu mereka tidak jumpa apa-apa yang ‘menggemparkan’, mereka akan punggah keluar juga sesuatu walaupun ia merupakan buku-buku bacaan biasa ataupun tep video atau CD.
Sepanjang pegawai-pegawai SB itu berada di dalam rumah anda tidak seorang pun ahli keluarga anda atau sesiapa yang berada di dalam rumah anda dibenarkan keluar. Tiada seorang pun dibenarkan masuk. Semua panggilan telefon dipantau.
Jika anda memiliki telefon bimbit, alat itu akan mereka pegang. Jika ada panggilan telefon di rumah anda pada masa itu anda dilarang mengangkat dan menjawabnya.
Merampas IC dan Pasport Anda
Sebelum anda dibawa keluar rumah, ketua pasukan SB yang memasuki rumah anda akan memastikan kad pengenalan anda sudah berada di tangan mereka.
Untuk lebih memudahkan kerja mereka, mereka turut meminta anda menyerahkan pasport antarabangsa anda jika anda memilikinya. Ini adalah bagi tujuan mengetahui perjalanan antarabangsa dan negara-negara luar yang telah anda lawat.
Kalau anda bernasib baik, pegawai-pegawai SB tersebut akan membenarkan anda memeluk dan mencium isteri dan anak-anak yang anda kasihi sebelum anda dibawa ke lokasi mimpi ngeri anda!
Dibawa untuk Urusan di Balai Polis
Meninggalkan rumah anda biasanya anda akan dibawa memasuki kereta rasmi polis. Anda akan duduk di tempat duduk belakang dengan diapit kanan dan kiri oleh pegawai-pegawai SB.
Paling teruk pada masa itu anda hanya digari. Kalau nasib baik, kerana tidak mahu mengganggu emosi isteri dan anak-anak anda kononnya, maka anda tidak akan digari pada masa meninggalkan rumah anda.
Anda akan terus dibawa ke balai polis yang menjadi balai polis utama yang bertanggungjawab merangkumi kawasan tempat tinggal anda.
Di situ anda akan mengisi beberapa borang, diambil cop jari dan terpaksa menunggu beberapa jam bagi membolehkan pegawai-pegawai SB yang memasuki rumah anda tadi merekodkan segala khazanah yang baru saja dipunggah di rumah anda.
Semasa berurusan di balai polis, bagi merekodkan bahawa tidak terdapat kesan-kesan tertentu yang baru di anggota badan anda, ketua pasukan SB yang menangkap anda akan meminta anda menanggalkan pakaian dalam sebuah bilik.
Anda boleh memprotes untuk tidak membuka pakaian dan cukup menanda tangan satu borang dengan rajah anggota tubuh manusia dengan mengatakan tiada kesan atau tanda baru di anggota badan anda.
Sepanjang anda berurusan di balai polis, anda masih dihamburkan dengan senyuman manis berjela-jela oleh pegawai-pegawai polis yang menggeledah rumah anda beberapa jam tadi.
Jika anda bernasib baik dan mereka bermurah hati, semasa di balai polis itu anda akan disajikan oleh mereka dengan teh tarik, kopi o dan sedikit kuih muih.
Kalau tak bernasib baik tak ada apa-apalah yang anda terima.
Sepanjang tempoh menunggu itu anda akan terasa seolah-olah anda masih insan bebas yang masih bebas melakukan apa yang anda biasa lakukan.
Tetapi sebaik saja anda berada di lokasi mimpi ngeri anda, pegawai-pegawai SB yang tadinya melemparkan senyuman manis panjang berjela-jela itu tiba-tiba menjadi manusia bengis yang menengking-nengking, melontarkan kata-kata keji dan hina serta membuat bermacam-macam ancaman kepada anda.
Bermulanya Perjalanan ke Lokasi Mimpi Ngeri Anda
Setelah urusan anda selesai di balai polis bermulalah babak pertama dalam perjalanan anda yang gelap gelita seolah-olah tiada penghujungnya itu. Anda akan digari, dipakaikan penutup mata gelap dan bermula dari saat itu hidup anda adalah hanya mendengar dan mematuhi arahan : “tunduk”, “langkah naik”, “masuk lagi”, “duduk”.
Itulah antara yang anda terima untuk menaiki kenderaan yang akan membawa anda ke lokasi yang dikatakan sebagai : “Bang, kalau tak ada tempat ini tak aman negara ini”, oleh pengawal-pengawal di situ. Tempat puaka itu adalah PRC – Police Rehabilitation Centre.
Sepanjang perjalanan itu, jika buat kali pertama anda pasti akan mengalami keganjilan yang amat sangat. Ini kerana, jika anda berada di kawasan Kuala Lumpur, anda akan melalui beberapa kali kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas, selepas itu anda akan merasakan pecutan yang laju dan seolah-olah jauh, selepas itu beberapa lagi kawasan sesak dan selepas itu perjalanan yang laju.
Tujuan perjalanan seperti ini bertujuan untuk membuat anda hilang arah dan tidak tahu di mana anda berada.
Sepanjang perjalanan yang mengelirukan itu pastinya anda cenderung untuk memikirkan tentang nasib yang bakal anda hadapi, anak-anak dan isteri yang ditinggalkan di rumah.
Saya syorkan, sekiranya anda ditahan ISA dan melalui fakta ini, luputkanlah kenangan seperti ini. Hilangkan wajah-wajah isteri dan anak-anak anda daripada ingatan anda buat seketika.
Sebaik-baiknya berbekalkan keyakinan anda bahawa anda ditahan tidak lain dan tidak bukan disebabkan kerana aktiviti-aktiviti anda yang menentang penyelewengan dan pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh pemerintah dan buatlah perancangan dengan hujah-hujah untuk mempertahankan prinsip perjuangan anda.
Manfaatkan perjalanan itu, jika di kawasan Kuala Lumpur pun akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam untuk melakonkan dalam minda anda apa yang anda akan lakukan semasa soal-siasat bermula nanti.
Jika anda seorang muslim, berzikirlah dan bacalah apa-apa ayat Al-Quran yang anda hafaz serta berdoa agar Allah melindungi dan memberi kekuatan kepada anda.
Jika anda seorang penganut mana-mana agama lain, amalkan apa yang diajarkan oleh agama atau kepercayaan anda yang akan membantu meningkatkan kekuatan spiritual anda.
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.
APA JADI BILA ANDA DITAHAN DI BAWAH ISA?
TIGA TINDAKAN ARBITRARY
Sekiranya anda seorang aktivis sosial, pemimpin pelajar, ahli gerakan Islam, pemimpin NGO, pejuang hak asasi manusia, aktivis kesatuan sekerja, wartawan dan karyawan kritis, reformis dan ahli politik pembangkang, anda mungkin telah mengetahui apa yang menanti anda sekiranya anda ‘terbabas’ dari garisan yang dibenarkan oleh pemerintah dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti anda.
Di mana letaknya garis boleh dan tidak boleh ditentukan oleh pemerintah. Bilakah anda sudah ‘terbabas’ atau telah menyeberangi garisan tersebut juga ditentukan oleh pemerintah.
Di bawah ISA, sebaik sahaja anda dikatakan telah terbabas melampaui garisan yang dibenarkan oleh pemerintah, maka pada saat anda dipasangkan gari oleh pegawai-pegawai SB yang membuat penangkapan, anda diberitahu bahawa anda ditahan di bawah seksyen 73 ISA kerana telah memudaratkan keselamatan negara!.
Anda akan melalui tiga liku-liku utama perjalanan hidup anda sebaik sahaja anda ditahan di bawah ISA. Ini terdiri daripada:
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.
TAKUT KERANA TERUS DITAKUT-TAKUTKAN OLEH SB
Kepada aktivis rakyat, ISA bererti kehidupan yang tidak selesa kerana sering dan berterusan menghadapi ‘harassment’ atau ditakut-takutkan oleh SB. Kepada aktivis rakyat, mereka sedar bahawa SB tidak ada kerja lain selain daripada memantau dan mengekori aktiviti-aktiviti berorientasi politik yang dijalankan oleh aktivis rakyat.
Tugas SB adalah untuk memaju dan memenangkan aktiviti-aktiviti politik parti yang memerintah, iaitu UMNO dan BN, dan dalam masa yang sama menyekat dan menewaskan aktiviti-aktiviti politik parti-parti, NGO-NGO dan individu-individu yang membangkang parti yang memerintah.
Bagi mereka yang sedang ditahan ISA dan berada di Kem Kamunting, setiap enam bulan pegawai-pegawai SB akan datang untuk mengutarakan beberapa persoalan.
Tujuannya adalah untuk memberi tekanan kepada para tahanan bahawa jika memberi ucapan yang positif dan menunjukkan tanda-tanda telah ‘pulih’ dan ‘insaf’, maka besar kemungkinan mereka akan dibebaskan cepat.
Pendekatan ini sebenarnya satu ‘harassment’ yang ‘halus’ dilakukan oleh SB terhadap tahanan ISA. Tidak sedikit tahanan ISA yang sedang menjalani ‘pemulihan’ di Kem Kamunting termakan dengan ‘harassment’ licik pegawai-pegawai SB ini.
Kepada para tahanan yang sedang berada di Kem Kamunting yang ‘termakan’ dengan ‘harassment’ licik SB ini mengambil pendirian untuk duduk diam dan tidak melawan.
Mereka tidak mahu mengambil peguam untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah. Mereka turut meminta isteri dan kaum keluarga mereka untuk duduk diam dan tunggu sahaja masa dan ketikanya mereka akan dibebaskan.
Para isteri yang berada di luar juga, jika menunjukkan tanda-tanda ingin melawan, maka para isteri ini sendiri akan menghadapi ‘harassment’ daripada SB. Ke mana sahaja isteri yang aktif pergi mereka akan diekori, diambil foto dan disusah-susahkan pergerakan mereka.
Tahanan ISA yang digantung penahanannya di Kem Kamunting dan dikenakan sekatan kawasan turut menghadapi ‘harassment’ daripada pihak polis dan SB semasa mereka melaporkan diri setiap minggu di balai polis. Bagi mereka yang berpotensi atau ‘memiliki kualiti’ untuk ditahan di bawah ISA, hidup mereka tidak tenteram.
Seringkali mereka terpaksa berhati-hati ketika hendak ke mana-mana kerana pasti akan diekori. Sering terdapat kereta ‘proton Wira putih’, parking dekat kawasan rumah atau di tempat mereka menghadiri mesyuarat. Tidak kurang pula yang perlu lebih berhati-hati apabila bercakap melalui telefon kerana percaya bahawa telefon mereka kena ‘tapped’.
Tidak sedikit pula di kalangan aktivis yang bertaraf ‘ISA-Quality’ ini diarah melalui panggilan telefon untuk datang ke ibu pejabat atau balai polis untuk menjawab pelbagai soalan.
Soal-siasat haram ini, yang tujuan utamanya hanyalah untuk melakukan ‘harassment’ terhadap aktivis rakyat, biasanya berjalan berjam-jam lamanya. Kadang kala, aktivis ini diminta datang lagi, ataupun datang secara berkala untuk melalui soal-siasat haram ini.
Ramai aktivis rakyat terpaksa melalui ‘harassment’ SB-SB ini demi mengelakkan ‘harassment’ yang lebih besar dengan bersetuju untuk pergi ke ibu-ibu pejabat dan balai-balai polis apabila dipanggil.
Kurangnya pengalaman dan kurangnya kesedaran serta pengetahuan tentang hak-hak mereka menjadikan ramai aktivis akur dengan arahan haram SB-SB untuk datang dan menjawab soalan-soalan mereka.
‘Harassment’ daripada SB-SB dan kecenderungan kebanyakan aktivis rakyat untuk tidak melalui kesusahan berhadapan dengan SB-SB inilah antara sebab ISA menjadi undang-undang yang amat berkuasa untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini.
Di atas segala-galanya, ISA amat digeruni dan ditakuti oleh rakyat negara ini kerana undang-undang zalim ini membolehkan penahanan sekurang-kurangnya dua tahun atau mungkin disambung bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun tanpa sebarang perbicaraan.
ISA adalah undang-undang yang menjadikan anda ditahan tanpa bicara semata-mata di atas keputusan seorang manusia di atas jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri!!
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.
TAKUT KERANA TIDAK DAPAT PEMBELAAN JIKA KES DIBAWA KE MAHKAMAH
Sejak bermulanya ISA, pihak pemerintah telah mempertahankan bahawa satu-satunya hakim dan penentu dalam hal-ehwal keselamatan negara adalah pihak pemerintah sendiri.
Pihak pemerintah yang membuat keputusan untuk menangkap seseorang dan menahannya untuk beberapa tahun di Kem Kamunting jika pihak pemerintah berpuas hati bahawa dengan menahan orang tersebut boleh mengelakkan ia daripada terus mengancam keselamatan negara.
Keputusan menahan orang tersebut adalah hak mutlak pemerintah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, bukan hak mahkamah. Hakim dalam urusan keselamatan negara adalah Menteri Dalam Negeri, bukan hakim dalam mahkamah terbuka.
Realiti ini diketahui dengan jelas oleh aktivis rakyat. Mahkamah bukan tempat untuk mengadu nasib kalau anda ditahan di bawah ISA. Ramai para TAPOL telah mengemukakan writ habeas corpus di mahkamah dengan pelbagai hujah-hujah baru, namun tahap kejayaannya boleh dikatakan sifar!
Permohonan habeas corpus bukanlah perkara baru di negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1920an lagi menjadi kebiasaan bagi rakyat untuk mengemukakan permohonan habeas corpus apabila penahanan dilakukan oleh pihak pemerintah.
Menjelang tahun 1930, penahanan seseorang itu tidak boleh dianggap tidak betul atau tidak sah sekiranya penahanan tersebut tidak dapat dicabar melalui permohonan habeas corpus.
Peraturan ini terus diamalkan termasuk apabila satu-satu bekas tanah jajahan British, iaitu India, di mana hakim-hakim di tujuh buah negeri di India meluluskan permohonan habeas corpus 43 orang yang ditahan di bawah kuasa undang-undang darurat semasa pemerintahan Indira Gandhi di antara tahun 1975 dan 1977.
Dalam rayuan kerajaan di atas ketulusan hakim-hakim ini, ketua hakim negara India pada masa itu enggan mengubah apa yang telah diputuskan oleh hakim-hakim mahkamah di tujuh negeri tersebut.
Di negara ini, selepas sembilan tahun ISA dikuatkuasakan, mahkamah telah membuat ketetapan dalam kes Karam Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bahawa keputusan dan tindakan Menteri dan polis dalam menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dalam ISA adalah bersifat subjektif.
Oleh itu mahkamah tidak boleh menilainya serta mengemukakan bukti-bukti yang objektif dikemukakan oleh pihak berkuasa di atas penangkapan dan penahanan yang dibuat.
Setelah keputusan dibuat dalam kes Karam Singh ini, sebarang usaha oleh mana-mana hakim untuk membuat keputusan selain daripada apa yang ditetapkan pasti akan diketepikan di mahkamah rayuan.
Kes Karam Singh adalah satu penghalang terbesar kepada mana-mana tahanan ISA untuk mendapatkan kebebasannya melalui permohonan habeas corpus di mahkamah.
Antara kes yang cuba beralih daripada ketetapan dalam kes Karam Singh adalah kes Karpal Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dalam kes Karpal Singh, Mahkamah Tinggi telah meluluskan permohonan habeas corpus dan membebaskannya.
Namun kerajaan telah bertindak pantas. Dalam perjalanannya pulang ke rumahnya Karpal Singh telah ditangkap semula dan telah ditahan dengan perintah tahanan yang baru selama dua tahun.
Kes Lim Kit Siang & Ors v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pula melalui proses yang lebih dramatik. Permohonan habeas corpus kes Lim Kit Siang sepatutnya di bawa ke mahkamah pada 13 Julai 1988.
Pindaan ISA diluluskan oleh sesi khas Dewan Negara pada 10 Julai 1988. Pindaan ini dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong pada 14 Julai 1988 dan digazetkan sebagai undang-undang pada 15 Julai 1988 tepat jam 12.01 tengahari!
Sementara itu mahkamah meluluskan permohonan Pejabat Peguam Negara agar perbicaraan habeas corpus yang dijadualkan pada 13 Julai 1988 ditangguhkan ke 14 Julai 1988.
Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang lain yang ditahan dalam Operasi Lalang ISA itu gagal dalam permohonan habeas corpus mereka.
Selepas pindaan 1988, satu lagi pindaan dibuat terhadap ISA pada tahun 1989. Seksyen baru dimuatkan bagi menghalang sebarang penilaian mahkamah dilakukan terhadap penangkapan dan penahanan ISA.
Selepas pindaan ISA pada 1989, hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dan prosedur sahaja yang boleh dicabar di mahkamah. Dengan dua pindaan tersebut, hampir semua ruang ditutup untuk mencabar ISA di mahkamah.
Walau bagaimanapun, kes tahanan reformasi dalam kes Abdul Ghani Haroon & Anor v. Ketua Polis Negara dan kes Mohd Ezam & Ors v. Ketua Polis Negara sesuatu yang menarik boleh dikatakan berlaku dalam kes kuasa subjektif penangkapan di bawah ISA.
Namun dalam kes Nasharuddin Nasir v. Ketua Polis Negara, pihak kerajaan mengulang semula apa yang biasa dilakukan sebelum ini dengan menahan semula mereka yang telah dibebaskan oleh mahkamah kerana memenangi kes habeas corpus mereka.
Namun setelah keputusan kes Mohd Ezam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan hakim dalam urusan keselamatan negara adalah pihak eksekutif (pemerintah) dan bukannya mahkamah.
Hujahnya: “This is because the court is not able, in all fairness, to decide on matters pertaining to national security. The security of this country is the absolute right of the Executive. This must be stated clearly in the law”. Untuk itu peruntukan-peruntukan ISA akan dipinda bagi memberi kuasa mutlak ini kepada pemerintah.
Selepas keputusan habeas corpus Nasharuddin Nasir, Kerajaan turut akan memperketatkan lagi ISA. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri bahawa jika mahkamah bebaskan tahanan, polis boleh tangkap mereka semula apabila ditanya oleh isteri-isteri tahanan ISA adalah satu kenyataan yang menunjukkan keangkuhan pemerintah.
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.
SIAPA YANG JADI MANGSA ISA?
TAKUT MENGHADAPI SOAL-SIASAT DAN PENDERAAN DI BAWAH KUASA POLIS
Sudah menjadi satu tanggapan yang universal bahawa berada dalam tahanan polis bererti didera, dipukul dan diseksa bagi tujuan mendapat pengakuan.
Polis dan pasukan keselamatan sering dilihat, bahkan memang benar-benar menjadi instrumen pihak yang sedang memerintah untuk menghapuskan sebarang suara sumbang yang cuba mencabar kuasa pemerintah.
Kes-kes penderaan dan penyeksaan mental atau fizikal atau kedua-duanya sekali ini telah didokumentasikan secara sistematik oleh badan-badan hak asasi manusia seperti Amnesty International.
Bukti-bukti pula mula timbul tentang penderaan fizikal dan penyeksaan yang dialami oleh mereka yang ditahan di bawah ISA di atas tuduhan sebagai anggota Jemaah Islamiah.
Berlakunya secara meluas penyeksaan semasa siasatan polis, penahanan di bawah pasukan keselamatan dan di kem-kem tahanan perang inilah antara lain yang mendorong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengisytiharkan Universal Declaration of Human Rights pada tahun 1948 yang secara khusus memperuntukkan artikel berkenaan larangan terhadap penderaan dan penyeksaan terhadap mana-mana manusia di dunia ini.
Wujudnya Article VII dalam Universal Islamic Declaration of Human Rights pada tahun 1981, iaitu setelah lebih 30 tahun PBB mengisytiharkan Universal Declaration of Human Rights adalah pengesahan terhadap tanggapan universal bahawa penyeksaan benar-benar dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap rakyat semasa dalam siasatan mahupun penahanan.
Dalam konteks ini, penyeksaan tersebut dilakukan terhadap rakyat yang beragama Islam oleh pihak berkuasa di negara-negara yang diperintah oleh orang-orang Islam.
Organization of Islamic Conference, OIC, turut mengeluarkan tiga deklarasi hak asasi sejagat dengan peruntukan tentang larangan terhadap penyeksaan.
Tindakan OIC ini turut menggambarkan bahawa hak asasi manusia adalah amat buruk di kalangan negara-negara umat Islam, dan penyeksaan masih diamalkan secara berleluasa.
Bagi aktivis rakyat yang mengikuti perkembangan politik pemerintah di seluruh dunia seperti di Iran, di Kemboja, di Afrika Selatan dan di Indonesia pada masa pemerintahan Soeharto, sudah cukup meyakinkan bahawa menyeksa para tahanan sudah hampir-hampir menjadi kegilaan polis dan pihak keselamatan di negara-negara tersebut.
Negara maju yang meletakkan standard bagi hak-hak asasi manusia seperti Amerika Syarikat sendiri, bukan hanya masih mengamalkan penyeksaan tetapi melatih pakar-pakar penyeksa dan pasukan-pasukan polis dan pasukan-pasukan keselamatan untuk menjalankan kegiatan di negara masing-masing.
William Blum mendedahkan pusat khas di Amerika Syarikat yang melatih para penyeksa untuk menjalankan kegiatan penyeksaan semasa proses soal-siasat di negara-negara Amerika Latin.
Bagi aktivis gerakan Islam pula, mengenang pengalaman tokoh-tokoh dan anggota-anggota Ikhwanul Muslimun di Mesir yang diseksa semasa regim Gamel Abdel Nasser dahulu memang amat menggerunkan.
Coretan Zainab Al-Ghazali tentang penyeksaan yang dilaluinya semasa soal-siasat di penjara tentera pastinya menjadikan aktivis gerakan Islam meyakini bahawa modus operandi yang digunakan oleh polis atau pasukan keselamatan adalah sama sahaja.
Sama ada di Mesir mahupun Malaysia, mendera, menyakiti dan menyeksa semasa berada dalam soal-siasat polis adalah satu perkara yang memang diamalkan.
Kegusaran aktivis rakyat di negara ini bahawa polis Malaysia menggunakan kaedah penyeksaan semasa soal-siasat bukan tidak berasas.
Bahkan disahkan dengan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dipukul semasa berada dalam tahanan polis, dan yang lebih menyedihkan dibogelkan oleh pihak polis.
Lebih dahsyat adalah beliau dipukul bukan oleh anggota polis biasa, tetapi beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara pada masa itu.
Rakyat Malaysia termangu-mangu memikirkan nasib mereka sendiri jika berada dalam tangan polis. Seorang yang baru beberapa hari sebelumnya menjawat kedudukan No. 2 di negara ini pun boleh diperlakukan sedemikian rupa oleh polis, inikan pula rakyat biasa!
Pada tahun 2003, polis Malaysia turut melakukan kekasaran kepada rakyat India dengan menampar dan membogelkan mereka. Sebagai tindakan balas India tarik diri sertai Hoki Piala Azlan Shah.
Fikir sahaja tentang ditahan oleh polis, sudah pasti terbayang kekerasan dan kekasaran yang akan dialami. Memikirkan disoal-siasat oleh polis pula, tergambar bermacam-macam tekanan yang pasti dilalui.
Tetapi, apabila mengenangkan disoal-siasat selama 60 hari di bawah ISA, Ya ISA yang merupakan raja segala undang-undang di negara ini, pasti aktivis rakyat menjadi bertambah gusar dan gerun.
Rasa gusar dan gerun ini bukan tidak berasas. Kegerunan ini berpijak di bumi nyata. Dr. Kua Kia Soong telah mengumpulkan bukti-bukti bahawa terdapat tahanan ISA telah benar-benar diseksa dan didera oleh pegawai-pegawai semasa soal-siasat 60 hari di bawah ISA di dalam bukunya.
Para TAPOL di Pusat Tahanan Batu Gajah telah mengeluarkan kenyataan pada 1 Mei 1969 bahawa mereka telah: